Santapan Beradap

Santapan Beradap

Thursday, June 17, 2010

Set Meja Pengantin - Tmn Orkid

Majlis : Majlis Perkahwinan (Resepsi)
Tarikh : 14/6/2010 (Isnin)
Venue : Tmn Orkid, Sg Layar.
Tema  : Pink
Khemah : 5 unit piramid dan set meja pengantin di laman

Deretan 5 biji khemah yg dah siap dipasang, cuma tuudng meja sj belum dipakai.
Takut terbang ditiup angin dan basah dek ujan.
Susunan meja/kerusi adalah tanggungjawab penyewa.

Kpd semua yg terlibat, terima kasih dan kepada tuan rumah terima kasih atas layanan baik anda dan juga terima kasih untuk jamuan. Alhamdulillah. Semoga berpuas hati.

Wednesday, June 16, 2010

Set Meja Pengantin - Tmn Sri Tanjong

Majlis : Majlis Perkahwinan (Resepsi)
Tarikh : 13/6/2010 (Ahad)
Venue : Tmn Sri Tanjong, Sg Layar.
Tema  : Hijau
Khemah : 2 unit piramid dan 1 unit Arabian untuk Pengantin


Atas permintaan tuan rumah yg mahukan meja di susun berbentuk U.

Pintu gerbang juga atas permintaan Tuan Rumah

Lupa nk turunkan kain kerusi sebelum snap pic ni. La ni musim hujan, kawasan yg buat meja pengantin ni selalu air hujan naik...ala2 paras betis...sbb tu kena angkat bila psg. Esoknya br turunkan.
Terima kasih byk kepada semua yg membantu, ramai pembantu ni. Terutama utk mengasuh si hero kecik.

Set Meja Pengantin - Semeling

Majlis : Majlis Perkahwinan (Resepsi)
Tarikh : 10/6/2010 (Khamis)
Venue : Semeling, Merbok.

Majlis perkahwinan pada hari Khamis? Sesuatu yg jarang didgrkan? Pihak TuanKhemah telah menerima tempahan 2 biji kanopi piramid dan juga set meja pengantin bertemakan hijau melalui pihak katering yg berurusan dgn TuanKhemah.

Walaupun masa dan tempat yg terhad, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Pic2 yg telah disnap akan di upload kemudian, insya-Allah.

Terima kasih kepada pihak katering dan juga tuan rumah.

Tuesday, June 15, 2010

Selamat Pengantin Baru Saiful dan Shamila

Majlis : Majlis Perkahwinan Anak Lelaki TuanKhemah(Resepsi)
Tarikh : 6/6/2010 (Ahad)
Venue : Tmn Sg Lalang


Tanggal 22/5/2010 anak lelaki sulung TuanKhemah telah selamat diijabkabulkan dgn pilihan hatinya Shamila Azizan dan pada 6/6/2010 yg lepas majlis resepsi pihak lelaki telah berlangsung di rumah TuanKhemah.
 
Persiapan sepanjang majlis berlangsung...


7 khemah semuanya tersusun rapi buat para tetamu


Bertemakan warna merah dan putih...

Set meja pengantin

Hidangan secara buffet

Kemeriahan hasil gotong royong
Gotong royong selepas majlis....terima kasih kepada semua yg terlibat.
Ni tukang sibuk....cbuk mcm dia pun buat keja sama....hehehe

Menantu perempuan sulung

Terima kasih kepada semua yg terlibat, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Monday, April 26, 2010

Set Meja Pengantin - Taman Sejati

Majlis : Majlis Perkahwinan (Resepsi)
Tarikh : 25/4/2010 (Ahad)
Venue : Tmn Sejati, Sg Petani.

Ini merupakan adhoc order from customer, tp memandangkan tarikh yg diminta...pihak tuankhemah sememangnya lapang....kami tidak menolak permintaan pihak pengantin untuk menyiapkan set meja pengantin.

Harap pihak pengantin berpuas hati...



Harapannya, pihak pengantin sudi mengirimkan sekeping 2 pic sbg kenangan utk diabadikan di sini.

Boleh diemelkan kepada : tuankhemah@gmail.com atau nmohdr@gmail.com

Wednesday, April 14, 2010

Kenduri Aqiqah "AYAN" Cucu Tuankhemah

Tarikh :10 April 2010 -Majlis kenduri Aqiqah cucu Tuankhemah,juga sambutan harijadi tahun kedua yang jatuh pada 30 Mac.
Jemputan:Keluarga terdekat,kenalan dan rakan perniagaan
Majlis secara sederhana ,mencuba guna khemah jenis Arabian yang baru ditempah.Ini bagi memastikan pelanggan kami mendapat yang terbaharu dan terbaik untuk sebarang majlis
















Monday, March 22, 2010

Majlis Resepsi

Tuan rumah : En Hanafi (Tuan Katering)
Majlis " Resepsi Anak
Venue : Tmn Seri Pekula 1, Tikam Batu
Khemah : 2 Piramid, 1 Arabian dgn scallops
Tarikh : 20/3/2010