Santapan Beradap

Santapan Beradap

Sunday, December 25, 2011

Majlis Pada 24/12/2011-25/12/2011

Sekitar kenduri pada 24/12/2011

Lokasi 1-Masjid Batu 2 Sungai Petani
Lokasi 2-Taman Sungai Lalang
Lokasi 3-Taman Ria Sungai Petani
Lokasi 4-Taman Kempas Bakar Arang
Lokasi 5-Kampung Pinang Tunggal


Majlis Akad Nikah di Masjid Batu 2 Sg Petani

Majlis Perkahwinan Anak Tuan Haji Roni-rakan setaman


Tuesday, December 20, 2011

Kenduri Jemaah Surau Rakan Tabliq

Lokasi:Taman Desa Aman Sungai Lalang
Tarikh:18 Dis 2011
Majlis Perkahwinan:Anak En Hamid Tabliq
Pengurusan Majlis:Pakatan Surau Al Firdaus
Warna Tema Set Pengantin:Purple & Silver


Monday, December 12, 2011

Khemah Pengantin - Taman Desa Aman Sg Lalang - Dec 10, 2011



Tema : Hijau
Sewa : Khemah pengantin sahaja.

Kami juga menawarkan set khemah pengantin bersama kek kahwin.

Set Makan Pengantin bersama 1 Khemah sahaja RM450.00

Set Makan Pengantin Bersama 2 Khemah dan lebih Arabian RM420.00 / Piramid RM400.00

Laman Tamu -Bersama 2 khemah dan lebih, RM200-RM220

Set makan bersama kek kahwin (bersama meja kek dan pisau panjang)

2 tingkat tambahan dari RM120 (10 inci dan 7 inci), harga biasa dari RM150
3 tingkat tambahan dari RM200 (12 inci, 10inci dan 7 inci), harga biasa dari RM250.

untuk maklumat lanjut berkaitan kek, boleh hubungi Nurhijriah binti Mohd Rejab - 0195676761.

Wednesday, November 30, 2011

Kampung Gurun - Nov 26 2011



Tema : Ungu
Khemah : 6 biji bersama scallop
Set meja makan pengantin di bangsal, dengan tambah 5 meja bulat di bawah khemah berdepan bangsal set meja makan pengantin.

Monday, November 21, 2011

Kampung Segantang Garam dan Taman Sri Pinang- Nov 20, 2011

Kali TK ke Segantang Garam, 3 khemah piramid dan 1 set meja makan utama untuk pengantin. Pihak tuan rumah memilih set makan hanya untuk 6 orang.

Pada hari yg sama, TK turut menyediakan 7 biji khemah dan set meja makan pengantin extra special di Tamn Sri Pinang.

tetapi x ada pulak gambar kerana, set meja makan untuk tetamu tidak disusun hanya disediakan kerana pihak tuan rumah amsih mahu menggunakan ruang untuk set meja makan pengantin untuk melapah daging lembu dan kerbau.

Set meja makan xtra special kerana, selain drp meja mkn utama untuk 6 orng dan tetamu rombongan di meja bulat seramai 18 orang tuan rumah mahukan 1 khemah untuk 30 orang dgn kerusi berbalut sebagai tambahan kepada set meja mkn pengantin. Total untuk rombongan pengantin ialah seramai 52 orang.

Terima kasih kepada semua.

Tuesday, October 25, 2011

Taman Gurun Jaya 22/10/2011

Agak lama juga TK tidak update mengenai majlis majlis perkahwinan yang TK dilantik sebagai pengurus utama persiapan luar.,khemah tetamu dan set makan dibawah khemah untuk pengantin.
Dibawah adalah pic mengenai majlis perkahwinan yang diadakan pada 22/10/2011 bertempat di Taman Gurun Jaya Gurun Kedah.
TK diminta olih pihak katering baru (Paksu Katering)yang merupakan bapa saudara kepada TK.
Pada 23/10/2001 ,selepas majlis selesai sepenuhnya kami telah ditemui olih tuanpunya majlis dan beliau memberi kata mula "A" untuk majlis ini.






Saturday, September 24, 2011

Warna Tema

Hasil permintaan pelanggan kami telah menambah warna tema untuk majlis perkahwinan dan lain majlis yang memerlukan warna tema

Terbaharu
Biru Air Laut
Silver

Sedia Ada
Hijau,Merah,Pink,Hitam,Gold,Choklat,Purple,Kuning,Orange,Krim,Putih,Mron

Saturday, September 3, 2011

Tempahan Khemah Masih Diterima

Kawasan Sungai Petani,Merbok,Jerai,Baling,Padang Serai-Lunas,Kepala Batas,Butterworth

Tempahan khemah untuk majlis majlis yang akan diadakan selepas Hari Raya Aidil Fitri masih dibuka.
Bulan September-Majlis perkahwinan dan Rumah Terbuka
Bulan Oktober -Majlis Perkahwinan dan Doa Selamat Ke Tanah Suci
Bulan November-Majlis Perkahwinan dan Sambutan Pulang Jemaah Haji
Bulan Desember-Majlis Perkahwinan
Kami telah mula menerima tempahan untuk Majlis Perkahwinan pada Tahun Baru Cina 21-22 Jan 2012.Tawaran masih dibuka TETAPI terhad .
Hubungi TK melalui numbur berikut

Haji Mohd Rejab Haji Ahmad 0134312611


Mohd Hidayad Abdullah-0195490123/0164696936-

Monday, July 11, 2011

Majlis Perkahwinan Akmal

Tarikh:10/07/2011
Lokasi:Taman Keladi Sungai Petani
Tema:Hijau Kuning
Majlis perkahwinan anak saudara TK Akmal Azizan,pemegang ijazah Nuclear Science dengan pasangan Shikin Razali dari Yan Kedah.Kedua duanya yang juga bekas penuntut Sekolah Agama Yan telah diijab kabulkan pada Jumaat 08/07/2011 di Masjid Yan Kechik.
TK dan keluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru pada anak saudara kami

Hadiah KHAS perkahwinan kek 3 tingkat-dari  anak TK (cousin Akmal)-nak tempah,lawat web link disidebar


Tuan kenduri -ayah Akmal(kopiah berdiri)sedang melayan tetamu
Abang sulong baju batik(ipar TK)melayan keluarga terdekat yang sudah lama tidak berjumpa

Pulang dari KL meraikan majlis cousin(anak & menantu TK)

Thursday, June 30, 2011

Satu Daerah Satu Industri 2011 Peringkat Negeri Kedah

Bertempat di Village Mall, Sg Petani.

Khemah kami digunakan untuk jamuan VIP dan urusetia selama 2 hari majlis berlangsung oleh pihak katering.



Sunday, June 5, 2011

Persiapan Majlis Perkahwinan

Citarasa dan kehendak tuan rumah majlis perkahwinan ,satu perkara biasa yang perlu ditempohi.
Minggu percutian penggal persekolahan 28/05/2011 hingga 11/06/2011 TK telah menerima beberapa tempahan untuk pemsangan khemah dan catering.
Diantarnya pada 05/06/2011 disatu kawasan perumahan mewah kami telah diminta unuk menyediakan persiapan tanpa mengganggu majlis berinai yang sedang dijalankan.
Peringkat 1-khemah dipasang awal.
Peringkat 2-pemasangan assories selepas majlis berinai..

Lokasi:Taman Putrijaya
Tarikh:05/06/2011
Tema:Purple-Pink ringkas tanpa bunga kerana bunga "hidup" akan digunakan.

Wednesday, June 1, 2011

Kenduri Kawan Se taman



Kenduri kawan setempat
Tarikh 30/05/2011
Tempat Taman Desa Aman
Konsep: Gotong Royong

Sunday, April 3, 2011

Menyambut Menantu

27/03/2011-Di Felda Keratong 10, Pahang
kini
02/04/2011-Kampung Pinang Sungai Lalang Sungai Petani Kedah
Majlis menyambut menantu bersama rombongan pengiring pengantin perempuan dari Felda Keratong 10 Pahang.

Ketibaan rombongan pengantin perempuan disambut olih pihak lelaki

Bergambar bersama tetamu khas di majlis santapan beradap


LAGI GAMBAR PERKAHWINAN DI KAMPUNG PINANG 02/04/2011

Wednesday, March 30, 2011

Keratong 10-Membawa Pengantin

Pada 25/03/2011 @ 2230 pm rombongan TK bersama 3 MPV dan sebuah kereta bertolak ke Keratong 10 Pahang membawa amanah bapa saudara ,mengiringi anak lelakinya yang telah bertemu jodoh dengan rakan sekerja di sebuah kilang bertaraf antarabangsa di Kulim Kedah.
Perjalanan pergi  merentasi Pulau Pinang Seberang,Perak,Selangor dan Pahang.Menyusur keluar dari Tanjong Malim ,melalui laluan susur  Genting Highland pada kira 2 pagi dan seterusnya memasuki Lebihraya Pantai Timur. Singgah sebentar di R&R Temerloh untuk berehat dan meneruskan perjalanan,sampai Bandar Muadzam pada jam 1000 pagi.
Selesai majlis pada 27/03/2011 @ 1500pm,4 buah kenderaan pulang melalui laluan yang berasingan.Ada yang terus ke Kuantan melawat saudara,ada yang terus pulang ke Sungai Petani sementara TK pulang melalui KL atas urusan perniagaan anak TK ,disamping mengambil kesempatan bertemu anak menantu dan dua cucu .
Melalui Pahang,Negeri Sembilan,Selangor membawa erti yang amat besar,disamping membawa pengantin ,TK pula menambah pengalaman penjelajahan melawat negeri negeri di Malaysia.

Singgah di RR Temerloh 0800am 26/03/2011
Menginap di Wawa Inn Bandar Muadzam (1400pm 26/03/2011)sebelum ke Keratong pada 27/03/2011.
Tiga batang pokok (pinasang?)yang menarik perhatian di Wawa Inn.
Rehat sebentar diperangan Masjid Keratong sebelum akad nikah 27/03/2011 1040am
Imam sedang melakukan akad nikah 1120am
Pengantin perempuan dan rombongan pengiring 1300
Menuju rumah pengantin perempaun
Tiba dirumah pengantin perempuan 1320pm



lagi gambar pengantin ke Keratong 10

Tuesday, March 15, 2011

Walimatulurus Anak Sahabat Lama

Tarikh 14/03/2011
Jalan Jeniang Batu 3
Tema-Choklat Pekat + Krim

Sahabat lama Tuankhemah(sebelum bersara)telah mengadakan Majlis Perkahwinan puteri kedua beliau.
Majlis yang menjemput ramai kawan kawan amat meriah sekali,lokasi nya diatas bukit suasana kampung.
(semua gambar adalah dengan kebenaran tuan kenduri,sama catatan sebelum ini)


Penat juga nak kerumah kenduri,tetapi seronok.Jumpa kawan kawan lama
Lokasi atas bukit


Menikmati hidangan
Sahabat kami ini mungkin merancang
untuk mengadakan majlis seperti ini.



Sahabat sahabat lama dan tetamu majlis
Hidangan pengantin
Ketibaan pengantin lelaki 1.15TH


Khemah menunggu

Lagi gambar majlis

Monday, March 14, 2011

Majlis Perkahwinan 13/03/2011

1-Sebahagian daripada gambar pada Majlis Perkahwinan pada 13/03/2011
Tema Hitam Putih


2-Majlis dalam dewan disebuah Sekolah Teknik-Meja utama sahaja

Thursday, March 3, 2011

Sukan Majlis Sukan Dareah KM-YAN

Sukan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Muda Yan telah diadakan pada 25/02/ 2011 hingga 01/03/2011.
Pihak penganjur telah menempah 30 buah khemah telah diguna dalam kejohanan ini.Sebahagian daripadanya disediakan untuk Perkhidmatan Tuankhemah.


Sambil berehat sambil bersedia
Acara sedang berlangsong,persediaan acara 100M
Lompat jauh-Cuba cuba sebelum acara sebenar berjalan
Ada yang berehat,ada yang sedang mengambil bahagian,ada yang sedang mengadili
Deretan khemah yang digunakan
30 buah khemah digunakan
Tugas mengankat air untuk peserta sukan
Dah tengah hari,tentu panas.Air minuman yang dibawa tentu telah sampai
Tak lama lagi habislah,ini hari terakhir kejohanan.
***masa dan hari yang dipapar tidak set pada masa sebenar.