Santapan Beradap

Santapan Beradap

Wednesday, March 30, 2011

Keratong 10-Membawa Pengantin

Pada 25/03/2011 @ 2230 pm rombongan TK bersama 3 MPV dan sebuah kereta bertolak ke Keratong 10 Pahang membawa amanah bapa saudara ,mengiringi anak lelakinya yang telah bertemu jodoh dengan rakan sekerja di sebuah kilang bertaraf antarabangsa di Kulim Kedah.
Perjalanan pergi  merentasi Pulau Pinang Seberang,Perak,Selangor dan Pahang.Menyusur keluar dari Tanjong Malim ,melalui laluan susur  Genting Highland pada kira 2 pagi dan seterusnya memasuki Lebihraya Pantai Timur. Singgah sebentar di R&R Temerloh untuk berehat dan meneruskan perjalanan,sampai Bandar Muadzam pada jam 1000 pagi.
Selesai majlis pada 27/03/2011 @ 1500pm,4 buah kenderaan pulang melalui laluan yang berasingan.Ada yang terus ke Kuantan melawat saudara,ada yang terus pulang ke Sungai Petani sementara TK pulang melalui KL atas urusan perniagaan anak TK ,disamping mengambil kesempatan bertemu anak menantu dan dua cucu .
Melalui Pahang,Negeri Sembilan,Selangor membawa erti yang amat besar,disamping membawa pengantin ,TK pula menambah pengalaman penjelajahan melawat negeri negeri di Malaysia.

Singgah di RR Temerloh 0800am 26/03/2011
Menginap di Wawa Inn Bandar Muadzam (1400pm 26/03/2011)sebelum ke Keratong pada 27/03/2011.
Tiga batang pokok (pinasang?)yang menarik perhatian di Wawa Inn.
Rehat sebentar diperangan Masjid Keratong sebelum akad nikah 27/03/2011 1040am
Imam sedang melakukan akad nikah 1120am
Pengantin perempuan dan rombongan pengiring 1300
Menuju rumah pengantin perempaun
Tiba dirumah pengantin perempuan 1320pm



lagi gambar pengantin ke Keratong 10

Tuesday, March 15, 2011

Walimatulurus Anak Sahabat Lama

Tarikh 14/03/2011
Jalan Jeniang Batu 3
Tema-Choklat Pekat + Krim

Sahabat lama Tuankhemah(sebelum bersara)telah mengadakan Majlis Perkahwinan puteri kedua beliau.
Majlis yang menjemput ramai kawan kawan amat meriah sekali,lokasi nya diatas bukit suasana kampung.
(semua gambar adalah dengan kebenaran tuan kenduri,sama catatan sebelum ini)


Penat juga nak kerumah kenduri,tetapi seronok.Jumpa kawan kawan lama
Lokasi atas bukit


Menikmati hidangan
Sahabat kami ini mungkin merancang
untuk mengadakan majlis seperti ini.



Sahabat sahabat lama dan tetamu majlis
Hidangan pengantin
Ketibaan pengantin lelaki 1.15TH


Khemah menunggu

Lagi gambar majlis

Monday, March 14, 2011

Majlis Perkahwinan 13/03/2011

1-Sebahagian daripada gambar pada Majlis Perkahwinan pada 13/03/2011
Tema Hitam Putih


2-Majlis dalam dewan disebuah Sekolah Teknik-Meja utama sahaja

Thursday, March 3, 2011

Sukan Majlis Sukan Dareah KM-YAN

Sukan Majlis Sukan Sekolah Daerah Kuala Muda Yan telah diadakan pada 25/02/ 2011 hingga 01/03/2011.
Pihak penganjur telah menempah 30 buah khemah telah diguna dalam kejohanan ini.Sebahagian daripadanya disediakan untuk Perkhidmatan Tuankhemah.


Sambil berehat sambil bersedia
Acara sedang berlangsong,persediaan acara 100M
Lompat jauh-Cuba cuba sebelum acara sebenar berjalan
Ada yang berehat,ada yang sedang mengambil bahagian,ada yang sedang mengadili
Deretan khemah yang digunakan
30 buah khemah digunakan
Tugas mengankat air untuk peserta sukan
Dah tengah hari,tentu panas.Air minuman yang dibawa tentu telah sampai
Tak lama lagi habislah,ini hari terakhir kejohanan.
***masa dan hari yang dipapar tidak set pada masa sebenar.